Wednesday, July 8, 2009

Peristiwa Gua Hira




Gua Hira adalah tempat PERISTIWA DI GUA HIRA'

Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith dari Sayyidatina 'Aishah r.a tentang bagaimana peristiwa penurunan wahyu yang pertama :-

Daripada 'Aisyah Ummil Mu'minin r.a dikhabarkan bahawa beliau telah berkata :

"Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Baginda bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.

Setelah itu Baginda kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya, kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata, "Iqra'!(Bacalah)." Berkata Junjungan, "Ma Ana biqari' (aku ti