Saturday, August 22, 2009

Dzikir pagi dan petang




Asalam, kepada pembaca budiman, di sini saya akan kongsikan satu dzikir pagi dan petang yang elok diamalkan. Menurut riwayat dzikir pagi dan petang ini telah diamalkan oleh seorang yang bernama Abu Darda yang mana beliau telah diajarkan oleh Rasulullah sebuah dzikir sepertimana yang tertera di atas. Abu Darda mengamalkan dzikir ini. Pada suatu ketika sedang Abu Darda berada di sebuah pekan beberapa orang telah menemui beliau dan mengkhabarkan bahawa rumah beliau telah terbakar. Abu Darda dengan yakin menafikan berita itu kerana beliau telah mengamalkan dzikir yang pernah diajarkan oleh Rasulullah dan beliau meyakininya. Setelah itu beliau pun pergi melihat kejadian itu dan memang betul bahawa rumah-rumah di kampungnya betul-betul terbakar, kecuali rumahnya. Subahanallah. Sekian untuk renungan bersama tentang keteguhan iman Abu Darda..wassalam